BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

1.Cara-cara melakar sebiji bola tanpa tekstur dengan efek cahaya , ambil sebiji bola tanpa corak/kosong dan letak di atas meja, kemudian pilih komposisi yang anda ingin lukis, saya akan menunjukkan cara melukis bola dari pandangan sisi. Mula-mula lukis bulatan seperti ini, pastikan buat bulatan secara natural, jangan paksa tangan anda untuk melakar, ikut kata hati dan lakar, ok. Lakaran haruslah dilakukan dengan penuh keyakinan. jangan was was. Ini cuma langakah pertama dan banyak lagi yang perlu anda pelajari seterusnya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak untuk membuat lakaran(drawing)



2. Setelah anda siap melakar bentuk bulatan yang anda lihat tersebut, kemudian cuba lihat cahaya datang dari arah mana. Buat atu garisan untuk menetapkan kawasan bayangan bola tersebut. Pastikan ianya bertentangan dari arah cahaya yang anda inginkan.


3.Cahaya dan bayang SANGAT penting untuk menimbulkan sesuatu lakaran yang ingin kita hasilkan. Untuk menjadikan ianya lebih menarik cuba buat garisan-garisan pada latarbelakang objek itu. Tak kira sama ada anda ingin buat garisan ataupun gelapkan sedikit dengan cara anda.

4.Sebelum anda membuat lakaran warna menggunakan pensil hitam, anda perlu tahu teknik dari pewarnaan gelap kepada terang. Gunakan pensil 4b atau 5b, ini dinamakan shading, di kawasan gelap anda perlu tekanan yang kuat dan kasar kemudian diikuti engan tekanan tangan yang sederhana supaya perubahan warna itu dapat dilihat dari gelap ke terang, di kawasan terang anda perlu mengurangkan daya tekanan pensil yang anda pegang supaya nampak macam warna kelabu contoh seperti di sebelah. Anda perlu melakukan latihan ini berulang ulang kali supaya anda mahir dengannya.


5.Kita sambung semula membuat bola ini, gelapkan kawasan bayang bola tersebut, pastikan kegelapan bayang dibawah bola itu lebih gelap. Pastikan lagi sekali bayang itu betul dari arah cahaya, saya rasa anda boleh membuat lakaran-lakaran seperti ini sambil anda duduk di haapan komputer ya..mudah sekali ya.


6.Sekarang anda telah dapat melihat kegelapan bayangan yang anda buat. Saya mengajar membuat bayang dahulu sebelum menimbulkan objek kerana ingin mendapat ketepatan arah cahaya yang datang

7.Sekarang tiba untuk kita menimbulkan objek bola tersebut, gelapkan dari arah tepi bahagian yang yang berlawanan deengan cahaya.

8.Seterusnya daya tekanan pewarnaan yang anda buat perlu dikurangkan sehingga di kawasan yang terkena cahaya.

9.Sekarang perhaluskan lakaran anda sehingga objek tersebut timbul, saya pasti anda boleh melakukannya. Kini anda dah dapat melukis sebiji bola atau sphere dalam bentuk 3 dimensi. Lakukan latihan ini berulang-ulang kali sehingga anda menguasai teknik ini.

Thursday, July 23, 2009

Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan seperti berikut :

Unsur Seni
1) Garisan
2)Rupa
3)Bentuk
4)Ruang
5)Jalina
6)Warna

Prinsip Rekaan
1)Harmoni
2)KOntra
3)Penegasan
4)Imbangan
5)Pergerakan dan Irama
6)Kepelbagaian
7)Kesatuan.

Sunday, July 19, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Friday, July 17, 2009

Sinopsis
Kursus ini berfokus kepada memahami prinsip-prinsip dalam menghasilkan lukisan berasaskan pemahaman dan penguasaan elemen seni dan prinsip rekaan. Tumpuan pembelajaran juga adalah kepada kemahiran membuat pengamatan dan penerokaan yang melibatkan proses penganalisaan terhadap saiz dan kadar banding, ruang dan perspektif, warna dan pencahayaan dalam menghasilkan bentuk karya dua dimensi. Penguasaan dan penggunaan media, material dan teknik dalam proses kreatif serta artistik terhadap penghasilan sesebuah karya lukisan turut ditekankan.

Hasil Pembelajaran
1. Mengaplikasi konsep dan peranan elemen seni dan prinsip rekaan dalam lukisan.
2. Mengkaji hal benda melalui eksperimentasi dan eksplorasi visual secara kreatif dan kritis.
3. Menganalisa gaya dan teknik menerusi aplikasi media atau material.
4. Menghasilkan lukisan menerusi kajian visual secara kreatif dan kritis.
5. Mengapresiasi dan mengkritik karya lukisan.

Kandungan
1. Latar belakang perkembangan lukisan
2. Proses kreatif dan artistik
3. Organisasi visual
4. Observasi visual
5. Bentuk, komposisi dan ruang
6. Kajian visual
7. Gaya dalam lukisan
8. Lukisan klasik
9. Lukisan kreatif
10. Apresiasi dan kritikan

Rujukan
Betti, C. & Sale, T. (1997). Drawing A Contemporary Approach, Orlando: Harcourt Brace College Publisher.
Dodson, B. (1985). Keys To Drawing. Ohio: North Light Books.
Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within: how to release your hidden creativity. Glasgow: William Collins Sons & Co.
Francis D. K. Ching. (1990). Drawing: A Creative Process. New York: Thomson Publishing.
Harrison, G. (1999). The Essence Of Art: Victorian Advice On The Practice Of Painting. England: Ashgate Publishing Ltd.